sila klik

oRanG yG sAyaNg Lyza :D

Friday, 23 January 2015

Mechanical Engineering/Politeknik Melaka

Assalamualaikum and selamat Pagi semua. Sekarang dah kul 2:02 pagi dan aku masih belum tidur . sebab? Nak settlekan paperwork JPAM lagi. haha . So amek kesempatan ni untuk update blog sarang tebuan sarang labah labah and sarang segala sarang lah . haha . Kenapa tajuk entry kali ni ni MECHANICAL ENGINEERING?wuu . baca tajuk je acaca nak baca segala isi tersurat tersirat karangan aku kali nih ye :p 

Actually aku tengah study sekarang tapi baru sem 2 la. haha. Kat mana? hmm. Politeknik Melaka :) Politeknik? Baca politeknik je kau orang fikir student poli ni tak pandai lah , bla bla and so on lahh . For me lah kan , student poli pun not bad juga . Kau nak tahu kenapa? sebab mostly classmates aku result spm pun gempak gempak weyhh . Mungkin cuma rezeki kami kat poli . Tapi kesah apa kan , janji boleh sambung study . Itu paling penting . Please set mind tu and stop cakap dak poli ni tak pandai or what okay? Aku bersyukur sangat jadi student poli . 
Nak tahu kenapa? Even baru sem dua ,tapi kitorang dah diberi praktikal yang boleh dikira agak mendalam. Mana taknya , kitorang ada kimpalan. Then ada melarik . Apa tu melarik? haa . tu student mechanical tahu lah. Student course lain tahu lah sama ada dorang tahu atau pun tidak. HAHA. paling nazak bagi aku masa sem satu . Kau nak tahu kenapa? sebab masa sem satu kitorang bengkel ada yang gegas . Apa tu gegas? haa . gegas tu sejenis haiwan yang semua berpandukan besi . HAHA. Just imagine key , kau sorang perempuan then kena potong besi tu guna gergaji besi. Bukan guna mesin ke apa . Ya Allah . Dia punya nazak boleh tahan weyhh . Nak pengsan aku masa tuh. 

Okay . Stop pasal perenggan di atas. Sekarang nak cerita about my classmates pulakk. Japp. Upload gambar. haha :p



okay taraaaa . Aku malas nak kecikkan gambar. Biar korang boleh scan satu persatu muka dak dak kelas aku . KAHKAHKAH :p sikit je kan student perempuan? well . Ni kira beruntung bila dalam course mechanical ada student perempuan. Sebab sesetengah institue takde student perempuan langsung . And yes . Kelas aku ada 4 orang perempuan termasuk aku yang comel ni. :p yang duduk tu penasihat akademik kitorang . haha .Time ni masing masing  plan baju warna gelap sebenarnya . Tapi tak plan pun suruh pakai baju warna hitam . Kalau yang kitorang perempuan memang dah plan dah pun. tak sangka pulak classmates lelaki majoriti guna warna hitam kan. So nampak tak sweetnya tu disitu :p Kelas kitorang just macam masa sekolah dulu lah keyy . ada lah 27 putera dan 4 puteri so total? haa . kira sendiri. Maths darjah satu tuhhh . :p 

kalau dulu masa sekolah , biasanya student perempuan ni lagi rajin daripada student laki , kan? tapi tak tahu kenapa , bila time kat poli , classmates aku yang lelaki ni lagi rajin daripada kitorang yang perempuan ni. HAHA . Ouh yeah by the way, bila orang sebut je about kejuruteraan mekanikal ni, orang akan ingat perempuan yang amek kos tu je ganas ganas and so on. Yela , bak kata beberapa kawan aku "perempuan mana yang nak kotorkan tangan " . haha. well ada betul juga. tapi tak semua lah keyy macam tuh.Kalau zaman sekarang ni lelaki boleh buat kerja wanita , contoh nya jadi chef kan. Kenapa wanita tak boleh nak buat kerja yang lelaki buat. ye dok? and banyak sangat QUOTE mengatakan yang engineering student ni selekeh lah selenga lah and so on lah . Menipu sangat kalau tak pernah tahu kan. .tapi aku akui juga kadang kadang . Sebab student engineering ni dia lain daripada yang lain tau. HAHA . 

well. stop cerita tentang perenggan di atas. Kita mulakan perenggan baru :p perenggan kali ni nak cerita pasal jantung Pisang aku. haha. Siapa mereka? Japp . upload gambar jap :p
tadaa. Meet my jantungPisangs. haha . ada s kat belakang sebab dia plural :p well . Ni lah classmates aku merangkap jantung pisang aku . haa. which one is me ? cer teka :p haha . aku la yang pakai kain lain daripada yang lain tu. Semua plain aku je yang bercorak macam kain songket . tudung pun biru cair je .kahkahkah. okayy . So aku kenal kan satu persatu ye.sebelah aku ni yang senyum terlebih tu , nama dia. Ain. ha shortform je key aku bagi semua :p then sebelah dia , jibaa. Actually nama dia panjang tauu .Kalau orang baru kenal jiba , memang confirm korang susah nak sebut nama dia sekejap. haha . Thenn paling hujung , Tu zaty. hoho. Zaty ni time bengkel memang dengan dia jelah, Jibah and ain terpaksa bila bengkel. masing masing sorang jelah bila bengkel. Nasib badan. Kitorang bila time bengkel mesin, memang nazak juga lah. Nak tahu kenapa? sebab nak longgarkan nut pun kitorang tak kuat. haha . So at the end ,classmates lelaki jugalah yang tolong kitorang. haha . Tapi bagi aku, aku paling suka time kimpal .wuhuuu. seronok sangatt okayy . And yes. aku nak stop sampai sini. Penat . lama juga aku type. Sekarang dah kul 2:40 pagi tau. ohmayy . esok dah ada kelas.kahkahkah . So you alls. Jumpa nanti keyy. Byeee, Assalamualaikum . chaw~



ha ! da puas baca ? apa lagi , like and comment la =D

2 comments:

nonyy said...

Goodluck study. Hahah student engineering standard lelaki ramai. akk ni kt poli mersing amek setiausaha lelaki 3 orang je 40 perempuan hahaha

Lyza Qayudonajew II said...

haha tahu takpe. goodluck juga. sem berapa dah kak?

sHaRinG iS cARinG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget