sila klik

oRanG yG sAyaNg Lyza :D

Sunday, 4 January 2015

Dah lama....

Assalamualaikum dan selamat Malam semua. HAHA . okay fine. sekarang dah 11:40 dan aku masih di hadapan Laptop sambil menunggu software autocad siap di download and so on . Grr . Agak geram tahu bila lect Auto Cad kau bagi software tu but bila kau nak buka kau tak boleh nak buka. haha . rasa macam nak menangis .Dah assignment autocad aku belum siap. Korang rasa? Confirm masa kelas nanti ramai yang kena marahh . Ohmayy . tadah telinga la gamaknya kan. haha :p

Kenapa entry aku tajuk dia , DAH LAMA?? Kenapa? Kenapa weyh kenapa? haha . over tak ? :p actually letak tajuk macam tu sebab aku pun dah lama tak update tak menaip panjang panjang bak karangan 350 patah perkataan macam masa zaman sekolah . wuuuu . How i miss my school life. haha. Kat entry kali ni aku nak cerita serba sedikit about my bestfriend yang baru meninggal 2 bulan lepas. Jujur aku kata aku rindu dia sangat . Tipulah kalau aku tak rindu dia. Dua tahun dia duduk sebelah aku masa kat kelas. Dua tahun dia hadap aku yang nakal ni . Dan selama dua tahun tu dia tahan dengan aku . Sungguh arwah seorang yang sangat baik . arwah mampu terima diri ni disaat orang lain tak boleh nak terima.

Arwah dah lama menderita dengan penyakit yang dia hidap. Keluar masuk hospital  . Kami sebagai rakan sekelas malah aku sebagai rakan yang selalu dengan dia sangat sangat terasa pemergian dia . Arwah seorang gadis yang sangat kuat. Aku sendiri kalau demam pun asyik bebel sedangkan dia yang hidap sakit yang agak kronik tak pernah sekalipun aku dengar dia mengeluh :'( sungguh . Dia siap cakap yang dia dah tak rasa sakitnya kena inject . Ya Allah . Aku tengok jarum inject tu pun aku takut . Tapi dia , hmm :'( Aku sangat sangat bersyukur Allah kurniakan aku seorang sahabat yang sangat kuat walaupun dalam tempoh yang singkat . Bagi aku , dia sahabat yang sangat baik . Yang kuat menempuh dugaan yang Allah bagi .Dan aku sangat berasa kehilangan dia . :'( Kadang kadang macam tengah mimpi buruk . Ya Allah . how i miss that little girl so much . I need to stop right now sebelum air mata ni mula menitis lagi . dan nak bagi tahu yang hari ni 4 January 2015 , genap 2 bulan dia menghadap ilahi :( . hmm . bye . salam.

ha ! da puas baca ? apa lagi , like and comment la =D

No comments:

sHaRinG iS cARinG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget