sila klik

oRanG yG sAyaNg Lyza :D

Sunday, 7 April 2013

Kita Harus kuat !

Kita harus kuat ? Ceyhh ., Tajuk entry tu macam SUSPEN ajeeeew. ( Jawo sikit ) . Kuat ? Kuat dari segi apa? Angkat barang ? O.o Apa kena mengena dengan angkat barang pulak ni ? HAHA . ( Saja melawak . Padahal tak lawak pungg ) .  Kuat disini aku maksudkan dari segi , hati . Ceyhhh . dengar je hati , korang terus aje nak membaca er ? -_-‘ Maklumlahh . Kalau dah “remaja” tu , memang banyaklah yang akan berkaitan dengan soal hati . ye dak ? ( macam aku tak tahu je ) . Aku rasa normallah kan kalau seseorang tu selalu bersedih . Kadang soal percintaan , soal persahabatan , soal pergaduhan ( ni aku tak tahu sangatlahh) , dan soal-soal yang seangkatan dengannya lah . Benda-benda ni berlaku tak kiralah apa sekalipun jantina seseorang tu . Sama ada dia lelaki ataupun perempuan . Dorang memang akan merasai kesedihan . Tipulah kalau dorang tak rasai kesedihan . Lagi-lagi lelaki , suka sangat tunjuk ego dorang tu . Kononlah tak mau nangis , takut tak nampak macholahh , takut kena ejek lembik la . Mendelahh . janji yang seangkatan dengannya .

Bagi aku , tak salah lelaki menangis . Sebab sekali sekala lelaki ni perlu juga menangis untuk meluahkan apa yang dorang . Nasihat aku, jangan suka pendam sesuatu perkara . Sebab , tak semua perkara kita boleh pendam , kan ? Kadang-kadang kita perlu meluah juga . Itu berdasarkan individu tersebutlahh . Mungkin dengan dia meluah dekat seseorang buat dia rasa lega , ataupun dengan menangis akan buat dia rasa lega . ( Mungkin lahh ) . Sebab bagi aku , lain orang lain cara . Tak semua orang tu cara pemikiran dia sama . Cap jari pun telah dicipta berlainan bentuk . Inikan pula perasaan , perangai dan sifat seseorang tu . ( ceyhh , macam cikgu kaunseling je aku ni )

Orang yang tak kenal aku , dorang boleh nilai aku sebagai seorang yang ‘agresif’ . Ceyhh ,. Bunyi macam menakutkan je . hehe . Tapi jauh disudut hati ( ayat karangan ) , aku pun macam perempuan biasa . Aku memang seorang yang pemarah dan aku akuinya . Kawan-kawan aku pun cakap aku jenis yang “tegas” . ( seram tak seram tak ? ) Sampai orang cakap aku ni ada 5 orang adik . Walhal aku anak tunggal . Nampak tak permainan dia kat situ ? -_-‘  Sebab someday aku  terlintas nak tanya seorang kawan aku ni , ( dia tak rapat sangat dengan aku . just classmates ) , “kau agak-agakkan , aku ni berapa orang adik?” , dengan penuh keyakinan dia cakap 5 . . aku ketawalahh . Terasa kelakar pulak sampai orang ingat aku ni ada 5 orang adik . Bila aku cakap aku anak tunggal , mau tak anjat gegirl kawan aku tu .

Sebenarnya , dekat perenggan ke-3 tu , aku saja nak melalut . nak tengok kesetian korang baca entry aku yang bak karangan je panjangnya . HAHAH . Kat sini baru aku cakap pasal tajuk entry aku kali ni . Aku mulakan dengan Bismillahirahmannirahim . Kita harus kuat ? Sememangnya kita harus dan perlu serta wajib kuat kalau ada cobaan yang Allah berikan . Sebab , Tuhan takkan menguji hambanya luar batas kemampuan mereka . Tapi , aku akui kadang-kadang aku pun tak berapa nak kuat melaluinya. Air mata kadang jadi peneman tidur . Aku bukan seorang yang cukup kuat . Aku selalu sangat merasai kesedihan . Kalau aku mampu nak atasi masalah tu , aku akan cuba untuk terus senyum dan senyum dan senyum . Walaupun kadang macam senyum tu dah nampak macam tak ikhlas , tapi aku tetap gigihkan untuk senyum . Susah sebenarnya untuk kita tetap tersenyum dalam keadaan yang tengah bersedih , tapi nak buat macam mana . Kalau kita terus menerus meratapi kesedihan yang berlaku , hidup kita akan jadi huru hara .

Aku ada tip untuk orang yang tengah merasa perasaan sedih ni . Firstly , korang jangan tunjuk yang korang ni lemah ( walaupun sebenarnya korang memang lemah ) . Maksud aku kat sini , jangan menangisi depan orang yang wat korang sedih tu . Second , buat ‘dono’ je . Orang kalau dah penat nak buat kita sakit hati , dorang akan diam gak . Percayalahh . ehhh . keyy la . Aku penat sebenarnya nak type dahh . Sampai sini jela er aku wat bertulis :P assalamualaikum ;)


ha ! da puas baca ? apa lagi , like and comment la =D

sHaRinG iS cARinG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget